Khamis, 24 November 2016

Implan Koklea - Aku bionik !!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca yang dikasihi, hari ni aku tulis blog,  nak kongsi pasal alat membantu pendengaran yang aku pakai ni iaitu Cochlear Implant.

okay, sebelum aku mulakan dengan lebih lanjut lagi pasal implan koklear ni. aku nak habaq sesuatu.
alat pendengaran yang aku tahu sekarang ni ada 2 jenis.
  • jenama biasa 
  • jenama yang terkemuka dan bekualiti
Okay, jenama biasa ni biasanya orang yang dah berusia atau orang yang ada masalah dengan gegendang telinga. fungsi alat macam ni menangkap bunyi dari sekeliling dan diperbesarkan dalam "canal" dan bunyi yang kuat terus masuk ke dalam gegendang. 

Alat macam ni biasanya bagi aku taklah mahal mana berbanding alat yang kedua (aku akan habaq kat hampa satlagi ok). Aku ada pengalaman pakai alat macam ni dulu, aku pakai alat macam ni sejak darjah dua, ha masa sekolah rendah lagi. Masa aku pakai, aku boleh dengar macam biasa, lepastu hujung darjah dua, pendengaran aku makin berkurang dan tak jelas lagi dah. Aku dah tak boleh pakai alat macam ni lagi, masatu aku fikir aku takkan boleh mendengar lagi.

alaupun dah tak jelas untuk mendengar dengan memakai apat seperti yang pertama tu, aku tetap pakai sebab bagi aku mendengar tu penting, tak lama kemudian, percakapan dan lisan aku mula tak jelas.

Okay, yang kedua pula aku nak bagitahu, sebenarnya kos untuk buat alat pendengaran Cochlear ni memang sangat mahal dan rumit. ia merangkumi pembedahan dan menelan belanja keseluruhannya kira kira RM80,000.00.

Alat pendengaran jenis ini sesuai untuk insan insan istimewa yang gegendangnya telahpun rosak dan tidak boleh digunakan lagi. kalau aku, aku dikenali sebagai pesakit "post lingual" dan mempunyai "progressive profound sensoral neural hearing loss". Alat ini memang memerlukan 2 jenis komponen, satu di luar untuk menangkap bunyi sekeliling, setkan kekuatan bunyi, bateri dan lain lain. Manakala satu lagi dimasukkan di dalam kepala. contoh yang memang ada dalam kepala saya adalah komponen seperti ini.


Komponen ini paling besar di atas tu kira kira jari telunjuk dirapatkan dengan jari hantu awak semua. okay, aku nak tunjuk pula macam mana doktor pakar bedah memasang alat seperti ini dalam kepala saya. cuba korang perhatikan pada gambara di bawah.

Perhatikan ke mana wayar itu dipasang, mestilah hingga ke dalam gegendang telinga. Itulah komponen yang memberi kemampuan kepada aku untuk mendengar.

Selepas selesai pembedahan, seorang doktor buat ujian audio pada telinga aku dan itulah kali pertama aku pakaikannya. Kali pertama memakai alat seperti itu, kepala memang sakit, ya memang sakit sebab aku dah lama tak mendengar. Syukur, pendengaran menjadi lebih jelas daripada alat yang lama. Aku menjalani terapi audio dan pertuturan yang menelan belanja hampir RM15,000.00. Untuk sejenis implan koklea itu, aku buat di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Namun alat yang aku pakai sekarang ini adalah model yang sudah lama, tahun 2005. Seperti ini,



Aku dah pakai alat seperti ini selama 11 tahun, namun malangnya, sparepart untuk alat model ini sudah tidak dikeluarkan lagi, jika rosak, berkemungkinan aku terpaksa berhenti belajar ☻. Ada alat yang terbaru pula untuk aku upgrade, namun aku tak mampu untuk cari sebanyak RM40,280,00 dalam masa yang singkat sebelum salah satu part alat pendengaran aku rosak. Biasa sekali yang kerap rosak adalah wayar, wayarnya tak tahan lama, getah tu cepat reput dan koyak.

Yang terbaru nampak lebih mudah dan selesa berbanding yang saya pakai sekarang ini.


Untuk para pembaca yang mana ada kawan, saudara mara, adik beradik yang mengalami cacat pendengaran namun masih boleh bercakap dan bertutur dengan lancar, perkenalkanlah alat seperti ini untuk diorang. Sama sama kita sampaikan info yang baik untuk kesenangan orang di sekelilng. yang mana tidak berkemampuan, cubalah dengan bantuan. Insha-Allah benda yang baik pasti ada yang membantu.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan