Isnin, 8 September 2014

Pelajar Lepasan SPM : What To Do?



Assalamualaikum. hai >.-   hey ! Kamu.. iye.. kamu lah. ehem. Apa khabar? Sihat tak? Kalau sihat, Alhamdulillah saudara kita sihat walafiat. Tolong tumpu sepenuhnya semasa membaca tau, ni berkaitan tentang apa yang kamu patut buat sementara dok tunggu result SPM diumum. Daripada membuang masa goyang kaki di rumah, baik kamu buat aktiviti berfaedah yang akan memberi impak yang positif dalam kehidupan masa hadapan anda kelak. Okay, jom mulakan dengan
Kerja..
Berdasarkan pandangan Amirul, selalunya pekerjaan bukan hanya sesuai untuk orang dewasa saja, tetapi para remaja pun boleh aih, saja majikan di tempat pekerjaan itu tak mahu ambil sebab beberapa faktor, iaitu :
  •      Takut mengalami kerugian
Para majikan memang tak mahu ambil golongan remaja bekerja di tempat mereka sebab takut mengalami kerugian, agak2 lah remaja ni umur masih muda dan selalu membuat kesilapan disebabkan baru menjejak kealam pekerjaan,..

  •     Belum berkemahiran
Kita juga masih dikelaskan sebagai seorang pelajar kan, kita masih belum lagi berkemahiran membuat sesuatu pekerjaan, contohnya, kemahiran seni kulinari, kita masih belum belajar tentang itu, jadi kita tidak tahu cara nak buat kan. > sekurang-kurangnya boleh belajar daripada “senior” yang kerja di situ. haeh..

Pekerjaan ni, sebenarnya dapat menambahkan pendapatan duit poket oo, impian nak duit banyak memang dah lama berlegar dalam minda seorang remaja > termasuk amirul. Bukan itu sahaja wey, pekerjaan juga dapat tambahkan pengalaman sebagai persediaan untuk menjejak kealam masyarakan nanti, buat masa kini, kita mesti mengetahui selok-belok dan etika pekerjaan. Agar kita tidak membuat kesilapan bila dewasa nanti. Duit pendapatan boleh lah beli barang yang kita impikan selama ini, kalau pasal makanan itu, relaks lah noh sebab makanan makbapak yang tanggung > masih harap makbapak jaa.. Kalau dekat tempat Amirul ni, majoritinya suka “make up” motosikal mereka. Fuish, memang cantik motosikal depa. Selain itu, dapat belanje awek, dapat meningkatkan pendapatan kewangan dan mengurangkan bebanan keluarga. Haa, ini memang pasti sebab aku buat kajian, aku tengok jiran-jiran yang tinggal berdekatan rumah aku ni, dulu masa anak- anak depa sebaya aku, rumah mereka kecil je, taklah kecik macam rumah bantuan kerajaan itu, naik pun motosikal Honda lampu Petak C70. Bila anak-anak depa dah ada kerja. Fiuu, rumah jadi besar sedikit demi sedikit, bilik air pun besar tau, tak percaya datang tengok sendiri. Akhirnya dah jadi banglo satu tingkat. Ada astro dan wi-fi lagi, > ni amirul dok guna wi-fi mereka. Kenderaan pula, dulu ada Honda petak C70 sahaja, sekarang parking pula Yamaha Fz150i. > amirul idam lama dah tapi dia dapat dulu moto tu :’(.  Seterusnya, kalau kita bekerja sebagai POMEN di sebuah bengkel motosikal, kita boleh memperoleh pengalaman daripada pomen-pomen “SENIOR”. Bagus tu, kemahiran dating tanpa dapat diduga. Last2, Mat Rempit datang berjumpa dan menawarkan harga suruh pasang spepat racing macam taikom tu. kalau matrempit, letak harga tinggi sikit. REZEKI sendiri. > pasang sparepart  racing ni kalau di bengkel tak boleh, kena buat di rumah.
Ambil Kursus Kemahiran..
Kalau tidak minat bekerja, Amirul sarankan kamu ambil kursus kemahiran dekat GiatMARA. Sesetengah GiatMARA ditawarkan kursus masing-masing, bukan semuanya ada dalam satu institute kemahiran, yuran Amirul agak sebanyak RM200 kalau tak silap. Kalau di tempat Amirul ni, kursus yang paling popular adalah kursus enjin permotoran sebab majoritinya suka main motor, tapi tak lah sampai berlumba, mereka hanya buat hanya semata-mata nak Tarik perhatian awek. Sesetengah orang ada juga ambil kemahiran itu bertujuan nak buka kedai motosikal sendiri, agak-agak lah pendapatan bekerja sendiri lebih lumayan. Kursus di GiatMARA berjalan selama 12 Minggu, Mungkin. Bagi perempuan, Amirul sarankan kamu ambil Seni Kulinari, jarang ada orang yang mempunyai kemahiran dalam seni kulinari. So, kebarangkalian sangat banyak untuk tokey kedai pastry/kek akan ambil kita sebagai pekerja. > kan bagus kalau bini aku ada kemahiran ini, tiap hari aku hanya makan makanan masakan dia sahaja, hahah.. Orang yang mempunyai banyak Ilmu, tidak mungkin akan dihina, tetapi ramai orang akan suka sebab orang yang berilmu amat diperlukan pada masa kini.
Buat Lesen Kereta..
Bagi orang yang berkemampuan, boleh juga membuat lesen kereta, qada’ balik apa yang kita tangguh sebab nak SPM, buat lessen kereta pun bagus juga haa. Nanti boleh bawa kawan-kawan pergi melancong ke luar negeri, eratkan hubungan silaturahim. Hehe. Buat masa ini, kita masih bawah tangunggan ibubapa, So, kita pakai lah duit mereka dulu untuk buat lessen kereta. Bila dah besar panjang, jenuh nak cari RM1200. Masa tu tak boleh harap ibubapa dah..

Apa yang aku suggest ni adalah aktiviti yang sangat berfaedah dan akan mendatangkan impak yang positif terhadap masa hadapan kamu kelak, kamu cuba lah mendisiplinkan sikit dan kamu juga kena tahu bahawa di dunia ini mana boleh relaks, setiap hari kalau ada sahaja masa lapang, kita buat relaks, masalah pasti datang. Sesungguhnya menuntut ilmu pada masa muda ibarat “menulis di atas batu” kita belajar masa mudam kita dapat mengingati ilmu yang kita telah pelajari selama-lamanya tetapi menuntut ilmu pada masa tua pula ibarat “menulis atas pasir di tepi pantai”, bila ombak datang, pasti hilang entah ke mana. Maksudnya,bila kita menuntut ilmu masa hari tua, pasti akan mudah lupa kerana otakotang yang sudah tua tidak lagi aktif dan mengalami “sifar”.
Aktiviti seperti dia atas juga dapat mengelakkan diri daripada terjebak dalam gejala negative yang sering menghantui kehidupan remaja pada masa kini,. Remaja, mereka mempunya sifat “ingin mencuba sesuatu yang baharu”, pengaruh rakan sebaya amat memberi kesan yang amat mendalam, antara gejala negative yang dapat dielakkan sekiranya kita melakukan aktiviti yang berfaedah seperti amirul ceritakan tadi, antaranya :
  •    Lepak

Apabila tamatnya SPM, para pelajar mesti mahu berehat dan ingin meluangkan masa bersama kawan-kawan, lepak adalah perkara yang negative dan menjadi faktor mengapa remaja masa kini terjebak dalam gejala negative. Apabila kita melepak, salah seorang daripada rakan kita adalah rakan yang tidak baik, mereka berkemungkinan akan mengajak kita mencuba rokok malah lebih teruk lagi DADAH. Seterusnya, amalam melepak ini perbuatan yang membuang masa. Antara melepak dan berekreasi sangat berbeza, berekreasi dapat mengeratkan hubunga silaturahin antara kawan-kawan malah dapat mengamalkan gaya hidup sihat, itu pun juka kita bijak memilih kawan.

  •    Rempit


Pada masa kini, memang amirul tengok, ramai remaja dah terjebak dalam kegiatan Rempit, faktor utama adalah penubuhan kelab-kelab rempit dan mengalakkan orang mengajak kita menjadi ahli baharu dalam kelab itu, pada mulanya, kita bukan seorang mat rempit, percayalah, lama- kelamaan pasti akan jadi matrempit juga. Merempit juga perbuatan negative, membuang masa serta want untuk mengisi petrol. Seperti yang amirul kenal ayat ii “poket kosong, duduk di rumah tengok-tengok, kalau poket penuh, tangki penuh, jom race”

Nak Lulus Cemerlang Dalam Exam MUET? Klik Sini!
 
 Kesimpulannya, kalau kita menyertai Pekerjaan, Kursus kemahiran dan lessen kereta, kita tidak sempat nak join dengan mereka, jadi kita terhindar lah daripada gejala negative seperti itu. Gejala negative itu yang akan memberi kesan yang buruk terhadap masa hadapan kita yang akan berterusan sepanjang hidup.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan